Ahad, 11 Januari 2009

Salam Takziah

assalamualaikum..WBT dan Salam Perpaduan


saya ingin mengucapkan Salam Takziah Kepada Abang Saudara saya iaitu En. Abdul Rahim bin Jalani serta Keluarga Abang Rahim di atas pemergian Ayahanda yang dikasihi... Ayahanda ( Tuan Jalani Hj. Kirah ) yang juga Ketua Kampung Kg Brunei, Membakut kembali menemui Illahi pada 10 Januari 2009 ( Sabtu ) di Hospital Beaufort pada sekitar jam 4.30 pagi. Saya berharap Abang Rahim Serta Keluarga dapat Bersabar dan redha atas ketentuan Allah SWT ini.


AL-FATIHAH...

Khamis, 11 Disember 2008

assalamualaikum... wbt dan salam sejahtera

Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut lagi.. saya ingin memanjatkan Kesyukuran saya kepada Tuhan kerana dalam masa yang singkat ini juga saya telah mendapat tawaran untuk sambung belajar ke universiti... Namun apa yang saya dapat telah merisaukan saya... Kerana saya tidak berminat dengan tawaran yang saya dapat... Oleh itu, saya telah menolak tawaran tersebut dan memohon untuk pertukaran kos yang di berikan.. Namun sehingga kini masih lagi saya tertunggu-tunggu jawapan daripada pihak universiti... tetapi sekarang saya dalam kekeliruan antara sambung belajar atau teruskan kerja.. kerana pada mulanya saya memang berniat nak sambung belajar.. sebelum saya mendapat mana-mana tawaran saya telah bekerja di sesebuah jabatan.. pada mulanya saya hanya hendak mengisi masa yang ada sahaja sebelum saya mula sambung belajar semula, namun... lama-kelamaan saya berminat pulak dengan kerja saya ini.. walaupun kerja saya ini hanya kontrak sahaja tetapi saya mula merasa seronok dengan kerja ini.. Sebab kerja ini banyak melakukan aktiviti-aktiviti di luar pejabat... ramai kenalan dan memang bestlah.... Namun saya harus tinggalkan kerja ini tapi saya sendiri tak tahu bila saya akan tinggalkan kerja ini... saya sangat keliru antara sambung belajar atau meneruskan kerja saya ini.. aaaaaaaadddddddddddddduuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhh ini lah dugaan berat bagi saya.....

Jumaat, 5 Disember 2008

assalamualaikum WBT & salam perpaduan
di hari yang indah ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada keluarga yang tersayang, sahabat sejati dan mereka yang mengenali diri ini.. harap-harap anda semua dapat memaafkan segala kesilapan yang saya lakukan semaada secara sengaja ataupun tak.. ok.. sebelum saya undur diri saya ada pantun untuk anda waahh! bacalah yek..
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Saya meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan...

Khamis, 4 Disember 2008

Salam Sejahtera

assalamualaikum wbt & salam sejahtera
jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi melayari blog saya.. Harap-harap korang dapat berkongsi idea dan pengalaman anda dalam memajukan lagi blog saya ini, oleh itu sudi-sudilah mengajar saya dalam membangunkan blog yang lagi indah ini... Selain itu, sokongan dan komen anda sangat saya alu-alukan..
sekian terima kasih..
Cempedak di luar pagar,
Tarik galah tolong jolokkan;
Saya budak baharu belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Berangan besar di dalam padi,
Rumpun buluh dibuat pagar.
Jangan sak di dalam hati,
Maklum pantun saya belajar.