Khamis, 11 Disember 2008

assalamualaikum... wbt dan salam sejahtera

Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut lagi.. saya ingin memanjatkan Kesyukuran saya kepada Tuhan kerana dalam masa yang singkat ini juga saya telah mendapat tawaran untuk sambung belajar ke universiti... Namun apa yang saya dapat telah merisaukan saya... Kerana saya tidak berminat dengan tawaran yang saya dapat... Oleh itu, saya telah menolak tawaran tersebut dan memohon untuk pertukaran kos yang di berikan.. Namun sehingga kini masih lagi saya tertunggu-tunggu jawapan daripada pihak universiti... tetapi sekarang saya dalam kekeliruan antara sambung belajar atau teruskan kerja.. kerana pada mulanya saya memang berniat nak sambung belajar.. sebelum saya mendapat mana-mana tawaran saya telah bekerja di sesebuah jabatan.. pada mulanya saya hanya hendak mengisi masa yang ada sahaja sebelum saya mula sambung belajar semula, namun... lama-kelamaan saya berminat pulak dengan kerja saya ini.. walaupun kerja saya ini hanya kontrak sahaja tetapi saya mula merasa seronok dengan kerja ini.. Sebab kerja ini banyak melakukan aktiviti-aktiviti di luar pejabat... ramai kenalan dan memang bestlah.... Namun saya harus tinggalkan kerja ini tapi saya sendiri tak tahu bila saya akan tinggalkan kerja ini... saya sangat keliru antara sambung belajar atau meneruskan kerja saya ini.. aaaaaaaadddddddddddddduuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhh ini lah dugaan berat bagi saya.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Huhu..sambung belajar lah di shah alam bah..kui2